Monday, November 13, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN (2/11)


Tarikh                     : 11hb November 2017 ( Sabtu ).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang
Masa Pemantauan  : 8.00 - 5.00 Petang

Kehadiran 
1) Tuan Haji Adzahar Bin Derani ( Setiausaha Persatuan )
2) Encik Naharudin Bin Mahayudin ( Jurulatih Negeri )
3) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
4) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
5) Atlet :  55 orang atlet.
6) Teknikal/Urusetia : 10 Orang

Program

- Pertandingan atlet antara pusat -pusat latihan bagi pemilihan atlet terbaik untuk penyertaan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2017 yang akan di adakan pada 22-25 November 2017, Kuantan Pahang. Seramai 55 orang atlet terlibat dalam pertandingan ini.









Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Sebanyak 15 kategori telah dipertandingkan, menyamai semua kategori yang abkal dipertandingkan di Karnival Bakat.

Peralatan
- Peralatan tambahan telah dibawa oleh Cikgu Azhar dari pusat latihan SMK Raja Muda Musa bagi melengkapkan kekurangan perlatan untuk digunakan semasa pertandingan.

Kecederaan
Tiada kecederaan berlaku di sepanjang pertandingan ini di adakan.

Program Binaan
- Pertandingan ini merupakan program binaan kali kedua yang dijalankan bagi sukan angkat berat disepanjang tahun 2017.

Ulasan 

- Objektif bagi pertandingan ini dibuat, adalah bagi memilih atlet yang terbaik bagi mewakili Selangor ke Karnival Bakat, Kuantan. Sebelum ini terdapat beberapa orang atlet yang mempunyai potensi yang hampir sama antara satu sama lain dan dengan adanya pertandingan ini, keputusan bersama antara persatuan, jurulatih dan USPTN telah memutuskan hanya pemenang pingat emas dan perak sahaja yang akan di senaraikan.

- Pihak sekolah SMK Rantau Panjang, telah memberikan kerjasama dengan membenarkan penganjuran ini dibuat di dalam kawasan sekolah.Penyediaan kemudahan 'pa system' juga telah disediakan oleh pihak sekolah.

Secara kesimpulan, keputusan panel pemilih telah menetapkan seramai 29 Orang atlet telah terpilih mewakili negeri bagi penyertaan di kejohanan Karnival Bakat Siri 2/2017 , Pahang.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


No comments:

Post a Comment