Tuesday, November 7, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 1/11 )


Tarikh                     : 7hb November 2017 ( Selasa ).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya Kuala Selangor
Masa Latihan         :  9.00 - 10.30 Pagi
Masa Pemantauan  : 9.00 - 10.20 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet :  16 Orang ( 13 lelaki & 3 wanita )

Program Latihan

1) Back Squat
2) Clean deadlift
3) Snatch deadlift
4) Power clean






Ujian
- Tiada

Pertandingan
-Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan kejohanan antara pusat -pusat latihan yang akan di adakan pada 11hb November 2017 bertempat di SMK Rantau Panjang.

Peralatan
- Berdasarkan laporan daripada jurulatih, pusat ini kekurangan bar (20kg ) lelaki  dan bar (15kg ) perempuan.

Kecederaan
- Tiada laporan keceraan dimaklumkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Kejohanan dalaman yang melibatkan pusat - pusat latihan , akan di adakan pada 11hb November 2017.

Ulasan 

1) Latihan berjalan dengan lancar dengan sesi pemanasan badan dijalankan di perkarangan gelanggang sepaktakraw sekolah kerana faktor cuaca hujan. Jurulatih memaklumkan seorang atlet dikhabarkan tidak sihat dan tidak dapat hadir menjalani latihan

2) Laporan daripada jurulatih, atlet telah bersedia bagi penyertaan Karnival Bakat yang akan di adakan pada 22-25hb November di Kuantan Pahang. Kejohanan dalaman yang akan di adakan pada 11hb November  juga adalah bagi pemilihan atlet terbaik ke kejohanan tersebut. Jurulatih turut memaklumkan prestasi dua orang atlet junior ( 13 tahun ), menunjukkan peningkatan serta teknik angkatan yang sangat baik. Semua atlet senior ( bawah 15 tahun ) memberi fokus bagi meningkatkan jumlah angkatan manakala atlet perempuan junior ( 13 tahun ) memerlukan masa bagi memperbaiki teknik angkatan.


Sekian, untuk laporann

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment