Friday, September 8, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 02/09 )


Tarikh                     : 8hb September 2017 ( Jumaat )
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang Selangor.
Masa Latihan         :  8.30 - 11.00 Pagi
Masa Pemantauan  : 8.30 - 10.15 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 14  Orang ( 5 lelaki & 9 wanita )

Program Latihan

1) Front Squat
2) Power Clean
3) Push Jerk
4) Good morning.









Ujian
- Tiada

Pertandingan
-Tiada pertandingan di adakan pada bulan September. 

Peralatan
- Menerusi laporan jurulatih, pusat ini memerlukan disk 5kg. Pada masa  ini hanya terdapat 1 set sahaja dan ianya amat tidak mencukupi bagi menampung jumlah atlet wanita yang  ramai pada satu-satu sesi latihan ( Tidak mengira sesi latihan pada sebelah pagi atau petang ). Peralatan bar ada yang didapati telah rosak ( seperti lampiran gambar )

Kecederaan
- Jurulatih memaklumkan seorang atlet wanita mengalami kecederaan pada bahagian pinggang tetapi tidak serius. Atlet tersebut telah dinasihatkan untuk menjalani latihan ringan sahaja.

Program Binaan
- Tiada program binaan dijalankan pada bulan September.

Ulasan 

1) Sesi latihan atlet dijalankan dalam gim angkat berat memandangkan pelajar tingkatan 5 sekolah SMK Rantau Panjang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM. Dengan menjalani latihan di dalam gim, hentakan besi yang agak bising dapat diminimakan.

2) Jurulatih memaklumkan terdapat  atlet wanita yang menunjukkan kebolehan yang sangat baik dalam melakukan angkatan. Jurulatih memaklumkan akan terdapat persaingan di kalangan atlet dalam satu-satu kategori bagi merebut slot ke kejohanan. Atlet junior ( berumur 13 & 14 tahun ) tahun telah dinasihatkan oleh jurulatih agar tidak merasa terlalu selesa dengan prestasi semasa kerana atlet di pusat latihan daerah juga akan memberi cabaran.

3) Jurulatih memaklumkan yang pusat latihan ini amat memerlukan disk 5kg bagi melancarkan lagi masa latihan bagi atlet-atlet wanita. 

4) Peralatan berupa 'sports chalk' telah diterima oleh pihak USPTN Selangor pada 7hb September 2017. Sebanyak 3 kotak telah diserahkan ke pusat latihan SMK Rantau Panjang, Klang bagi kegunaan latihan.

5) Para atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan Dalaman Antara Pusat-Pusat Latihan Yang akan di adakan pada 4hb Oktober 2017 bertempat di SMK Rantau Panjang, Klang.


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment