Monday, March 13, 2017

UJIAN KECERGASAN DAN LATIHAN GIMNASIUM SUKAN PELAYARAN SELANGOR
















Tarikh : 11hb Mac 2017 ( Sabtu )
Tempat : Kompleks Sukan MSN Selangor, Seksyen 6, Shah Alam
Masa : * 8.00 Pagi - 11.00 Pagi ( Ujian Kecergasan )
            * 2.00 Petang - 4.00 Petang ( Latihan Gimnasium )

Kehadiran
1. En. Sahril Abd. Razak ( JPM Negeri )
2. En. Abd. Aziz Abas ( Naib Presdien Persatuan Sukan Layar Selangor )
3. Pn. Zie Ileana Izra Ujang ( Ketua Unit USPTN Selangor )
4. En. Mohd Firdaus Rosli ( PPN Sukan Pelayaran USPTN Selangor )
5. Atlet : 25 Orang ( 17 Lelaki & 9 Wanita )
6. Tenaga Pengajar : - En.Iqfan Rizal Md. Nasir - Instructor Gym
                                  - En. Danial Mazlan - Pelajar Praktikal

Elemen Ujian
1. Antropometrik ( Tinggi, Tinggi Duduk & Berat )
2. Jangkauan Melunjur ( Flexibility - Sit & Reach )
3. Tekan Tubi Maksimum ( Push Up )
4. 1 Minit Bangkit Tubi ( 1 Minit Sit Up )
5. Lompat Jauh Berdiri ( Standing Board Jump )
6. Yo-Yo Test

Ulasan Program

1. Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar mengikut seperti yang dirancang dan menerima kerjasama yang amat baik daripada atlet, jurulatih dan persatuan.

2. Selain itu, jurulatih serta pembantu penguji telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung.

3. Semua peserta dapat melakukan ujian dalam jangka masa yang diperuntukan

4. Kehadiran peserta memberangsangkan kerana 25 orang atlet pelapis USPTN Selangor dapat menghadirkan diri untuk sesi ujian kecergasan pada kali ini.

5. Tiada sebarang kecederaan berlaku dikalangan peserta sepanjang program berlangsung.

6. Pihak USPTN berterima kasih kepada pegawai MSN Selangor dan Persatuan yang banyak membantu sepanjang ujian kecergasan dijalankan.

7. Unit Sains Sukan MSN Selangor juga telah memberi perkhidmatan massage kepada atlet yang hadir.

8. Juga diadakan latihan gimnasium dimana tenaga pengajar En.Iqfan Rizal memberi tunjuk ajar dan cara penggunaan peralatan semasa latihan gimnasium diadakan.

Sekian. Terima kasih

Mohd Firdaus Rosli
PPN Pelayaran Negeri Selangor
Tarikh : 13.03.2017

No comments:

Post a Comment