Thursday, March 16, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAERAH SMK RAJA MUDA MUSA, BESTARI JAYA


Tarikh                    :  15hb Mac 2017 ( Rabu )
Tempat                   :  Pusat Latihan Daerah, SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Selangor
Masa Latihan         :  9.00 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan  :  9.00 Pagi - 11.00Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet : 19  Orang lelaki 


Program Latihan

1) Pull  Snatch
3) Back squat
4) Back press
5) Balance snatch











Ujian
- Ujian angkatan atlet akan dijalankan pada hari Jumaat ( 17hb Mac 2017 )

Pertandingan
-  Atlet menjalani latihan seperti biasa. Mereka membuat persediaan bagi menghadapi kejohanan angkat berat Selangor yang akan di adakan pada 1hb April 2017. Kejohanan itu nanti adalah untuk memilih atket yang layak untuk bertanding di Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Perlis.

Peralatan
- Kekurangan peralatan bar menyebabkan atlet mengambil masa bagi menunggu giliran untuk berlatih.

Kecederaan
- Jurulatih memaklumkan seorang atlett iaitu Hamdan Bin Suzaidi mengalami kecederaan akibat terjatuh dari motorsikal. Walaubagaimanapun kecederaan yang dialami tidak serius dan hanya perlu berehat sebelum mula berlatih semula.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 
- Jurulatih memaklumkan 3 orang atlet tidak hadir menjalani latihan. Dua orang daripadanya mengalami demam panas.

- 9 orang atlet yang menjalani latihan pada hari irni adalah merupakan atlet baru. Jurulatih memaklumkan mereka telah berada dalam program selama 4 minggu.

- Mesyuarat Pelarasan Kejohanan Angkat Berat Selangor akan di adakan pada 24hb Mac 2017 bertempat di SMK Raja Muda Musa. Untuk makluman, sekolah ini  telah dipiilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohahan tersebut pada 1hb April 2017.

- Jurulatih memaklumkan seorang atlet, bernama Gugan a/l Gunalan telah menarik diri dari program atas kekangan dari pihak keluarga yang menginginkan beliau untuk lebih fokus pada pembelajaran.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment