Monday, March 14, 2016

KEJOHANAN DALAMAN SUKAN ANGKAT BERAT, HULU LANGAT.

TARIKH  : 11-13 MAC 2016.
TEMPAT  :  PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT, BATU 18 KAMPUNG JAWA, HULU LANGAT SELANGOR.

PENYERTAAN 

JURULATIH :
1) Suhaizad Bin Subari
2) Mohd Fadzlan Bin Ghazali
3) Tamyiz Bin Johari
4) Mohd Noor Saiful Bin Fuad

ATLIT:
1) SMK Rantau Panjang - 19 Orang ( 11 Wanita & 8 Lelaki )
2) SMK Raja Muda Musa - 12 Orang ( lelaki )
3) Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi 11 Orang ( lelaki )
















ULASAN

1) Kejohanan Dalaman yang julung kali di adakan ini telah menghimpukan sejumlah 42 orang atlit meliputi kesemua pusat latihan sukan angkat berat Selangor.

2) Kejohanan ini juga adalah medium bagi jurulatih menilai prestasi semasa atlit. Antara lain, adalah sebagai kejohanan bagi memilih mereka yang sesuai diketengahkan untuk menyertai Kejohanan Karnival Bakat yang akan di adakan pada 21-24 April 2016, Terengganu. Menerusi kejohanan dalaman ini juga, satu slot iaitu 'Tunjuk Ajarku Senior' juga dilaksanakan. Atlit Junior berpeluang menimba ilmu daripada atlit senior. Membaiki teknik angkatan antara yang dipelajari oleh atlit junior.

3) Perbincangan bersama jurulatih dapat di adakan masa ini memandangkan kesemua jurulatih separuh masa USPTN berada di Hulu Langat pada ketika ini. Antara perbincangan kami pada masa itu, adalah perancangan untuk mengadakan Kejohanan Dalaman siri kedua yang tuan rumahnya kelak adalah SMK Rantau Panjang, Klang.

4) Antara perkara lain yang dibangkitkan jurulatih adalah kekurangan peralatan di pusat latihan. Jurulatih menekankan, peralatan adalah perkara pertama yang perlu ditekankan jika ingin melihat atlit berkualiti.

5) Beberapa perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan kami ini akan dibawa ke Mesyuarat JKK Sukan Angkat Berat yang akan di adakan pada 24hb Mac 2016.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohana  dalaman ini.

Laporan disediakan Oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat.


No comments:

Post a Comment