Friday, April 29, 2011

MESYUARAT PELARASAN KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 01/2011 KELANTAN






Tarikh : 25hb April 2011
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Mesyuarat Pelarasan Karnival Pelapis Negeri Siri 1/2011

Penganjuran mesyuarat ini adalah bertujuan bagi menyelaraskan persiapan kontinjen Pelapis Selangor ke Karnival Pelapis Negeri Siri 01/2011 di Kota Bahru, Kelantan. Perbentangan kertas kerja bagi persiapan ini telah di bentangkan oleh Pemangku Ketua Unit USPTN Selangor, Pn. Zie Ileana Izra Bt. Ujang bagi mendapatkan kelulusan peruntukan tambahan, bantuan penggangkutan serta perkhidmatan fisoterapi daripada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor.

Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Eksekutif MSNS, En. Norzamri B. Ishak. Kehadiran daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Ketua-Ketua Unit daripada Bahagian Pembangunan Sukan, Pengurusan & Kewangan, Unit Korporat serta para Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Selangor telah membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak USPTN Selangor.

Sekian

Disediakan oleh
Mohd Firdaus Rosli
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Selangor

No comments:

Post a Comment