Monday, April 18, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK USPTN SELANGOR

Tarikh : 16hb April 2011(Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan Subang

Seramai 15 org atlet telah menjalani latihan dibantu oleh jurulatih SUKMA lantikan MSN Selangor iaitu Cik Ishvari bagi acara pistol dan En. Shakimi bagi acara rifle. Atlet memanaskan badan sebelum menjalani latihan range seperti biase bagi memfokuskan teknik yang terbaik untuk mendapatkan mata serta membaiki kesilapan dalam kejohanan yang lepas. Latihan ini juga adalah untuk menghadapi Kejohanan Sportexcel kali ke-3 di Subang nanti.

Semasa lawatan dibuat saya sempat berbincang dengan pihak persatuan berkenaan perlantikan JSM USPTN Selangor bagi atlet-atlet sedia ada. Pihak Persatuan telah memberi beberapa orang calon untuk dilantik sebagai JSM bagi sukan menembak. Perbincangan dengan jurulatih berkenaan telah dilakukan dan permohonan kepada pihak Cawangan Pelapis akan dibuat secepat yang mungkin. Lawatan saya juga disertai oleh Pegawai Perhubungan MSN Selangor En. Mohamad Shahrir.
Latihan bermula pada jam 10 pagi rehat diberikan pada jam 1.00 tengahari dan latihan disambung jam 2.30 petang berakhir jam 6 Petang.

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment