Wednesday, April 6, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ( APRIL )







TARIKH : 5HB APRIL 2011 ( SELASA)
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK, PUSAT SUKAN MSN SELANGOR.
MASA : 8.30 PAGI SEHINGGA 10.00 PAGI
KEHADIRAN : PPN, 2 JURULATIH, 11 GIMNAS WANITA & 10 GIMNAS LELAKI

Jurulatih, Svitlana Badiula telah memulakan latihan hari pertama beliau secara rasmi bersama dengan gimnas baru yang telah terpilih menerusi sesi pemilihan pada Mac lalu. Sesi latihan beliau adalah dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi manakala bagi coach Liu adalah pada jam 8.30-9.30 pagi.

Bagi jurulatih Liu Hong Lu, Beliau mengadakan pemilihan terakhir pada 15hb April 2011 manakala bagi Svitlana Badiulia pula, beliau akan memantau perkembangan gimnas baru ini dalam tempoh 3 bulan sebelum hanya 10 orang sahaja akan dipilih ke program Pelapis.

Sesi latihan berjalan dengan lancar. Gimnas-gimnas yang comel ini masih kekok untuk memulakan latihan. Menerusi pemantauan yang dijalankan, Svitlana telah mula mendisiplinkan gimnas baru ini dari mula latihan lagi. Berikut adalah jadual latihan bagi kedua-dua jurulatih ini bersama dengan gimnas yang baru :

Liu Hong Lu ( MAG )
Selasa, Khamis & Jumaat : 8.30 sehingga 9.30 pagi

Svitlana Badiulia (WAG)

Sekolah Kebangsaan :
Selasa & Khamis : 9.00 - 10.00 pagi
Sabtu : 12.00 -1.00 petang

Tadika :
Jumaat : 6.30 - 7.30 Petang
Ahad : 12.00 - 1.00 Petang

Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

No comments:

Post a Comment