Monday, April 18, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY USPTN SELANGOR

Tarikh : 16hb April 2011 (Sabtu)
Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Astaka, Petaling Jaya

Seramai 25 orang atlet telah menjalani latihan dibawah kendalian JLN En. Adnan Gul. Latihan dijalankan 2 sesi iaitu jam 12.00 tengahari dan 1 sesi lagi pada jam 2.00 petang. Atlet memanaskan badan sebelum menjalani latihan gelanggang seperti biase bagi memfokuskan teknik dan perlawanan sesama sendiri serta membaiki kesilapan-kesilapan pada kejohanan lepas.

Semasa lawatan dibuat saya berbincang dengan pihak persatuan berkenaan perlantikan JPM USPTN Selangor yang diberi kouta oleh pihak Cawangan Pelapis. Pihak Persatuan masih mencari calon JPM yang sesuai bagi menggantikan JLN yang akan menamatkan perkhidmatan pada 30.06.2011. Lawatan saya juga disertai oleh Pegawai Perhubungan MSN Selangor En. Mohamad Shahrir.

Latihan bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 4 Petang.

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

1 comment: