Monday, March 28, 2011

PEMILIHAN KEDUA GIMNASTIK ARTISTIK WANITA USPTN SELANGOR

TARIKH     :   26HB MAC 2011 ( SABTU )
TEMPAT    :   PUSAT SUKAN MSN SELANGOR, SEKSYEN 6 SHAH ALAM
MASA        :   11.30 PAGI - 1.45 PETANG
PESERTA   :   25 MURID, PPN USPTN SELANGOR & JURULATIH ( SVITLANA )



Terkini untuk perkembangan sukan gimnastik artistik, Sabtu lepas telah dijalankan sesi pemilihan kedua bagi pemilihan gimnas baru dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Rashna, Klang ( 12 orang ) dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. ( 13 orang ) Seawal jam 11.00 pagi, kelihatan ramai ibubapa telah hadir bersama anak  ( yang terpilih melalui pemilihan pertama disekolah pada 13hb & 24hb Februari 2011 )

Setelah pendaftaran dilakukan, tepat jam 11.30 pagi. pemilihan pun dimulakan oleh jurulatih, Svitlana Badiulia. Mellaui pemerhatian dan pemarkahan yang diberikan, jurulatih sempat memaklumkan kepada saya, murid dari SK Taman Rashna lebih berpotensi berbanding SK Seksyen 9. Beberapa kriteria fizikal murid diambil kira oleh jurulatih ini.

Di akhir sesi pemilihan iaitu tepat jam 1.30 petang, Saya dan jurulatih mengambil peluang untuk menyampaikan taklimat ringkas kepada semua ibubapa yang hadir. Makluman tentang program Pelapis Negeri telah disampaikan kepada mereka. Jurulatih pula memaklumkan kepada ibubapa bahawa pemilihan pada hari itu bukanlah yang muktamad kerana tapisan demi tapisan akan beliau lakukan dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan program ini :)

Di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Badminton

No comments:

Post a Comment