Tuesday, March 22, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2011 TERENGGANU

Tarikh   : 15hb Hingga 17hb Mac 2011
Tempat  : Lapangsasar Menembak Gong Kuin 2, Tok Jembal, Kuala Terengganu













Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Cawangan Pelapis dibawah Majlis Sukan Negara Malaysia telah mengadakan 1 Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 1/2011 Peringkat Kebangsaan pada 15 - 17 Mac 2011 bertempat di Lapang Sasar Menembak, Gong Kuin 2, Tok Jembal Kuala Terengganu. Jumlah keseluruhan atlet,jurulatih & pegawai seramai 128 orang terdiri daripada 11 pusat latihan dari 11 buah negeri.

Sepanjang saya di Terengganu, saya sempat membuat lawatan ke pejabat USPTN Terengganu dan saya mendapat layanan yang baik dari kakitangan USPTN Terengganu yang di Ketuai oleh En A. Zulkifli Mohamad. Terima Kasih saya ucapkan. Tidak Lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor En. Leong Theng Choon yang telah sudi melawat pasukan Selangor semasa kejohanan berlangsung.

Setelah 3 hari berlangsung kejohanan tersebut, pasukan Negeri Selangor telah berjaya menggondol 2 pingat Emas dari acara :-

1. 10M Air Pistol Lelaki (Team) - 1570 Point
        i) Rishipal Singh Dhanoa
        ii) Tan Tong Tat

        iii) Noor Aizam Nu'qman Azlan

2.  Acara 10M Air Pistol Wanita (Team) - 1064 Point
         i) Nur HIdayah Zulkifli
         ii) Nur Zunaira Zakaria
         iii) Najaa Syairah Mahyudin


Dan pasukan Selangor juga berjaya mendapat 2 pingat Gangsa dari acara :-

1.  10M Air Rifle Wanita (Team) - 1097 Point
         i) Nur Nadhirah Ahmad Nadzri
         ii) Nur Syahirah Zulkifli

         iii) Aisyah Maryam Abd Salim

2.  Acara 10M Air Pistol Wanita (individu)
         - Nur Hidayah Zulkifli - 459.8 Point

Majlis penutup berlangsung pada jam 4.30 petang di range, pihak Terengganu telah menjemput En Ibni Amin bin Busu sebagai undangan bagi penyampaian hadiah kepada pemenang2. Pihak Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 1/2011, di Kuala Terengganu sehingga berjumpa lagi di Kej Menembak Pelapis Negeri Sirkit 2 di Batu Pahat Johor pada 22 - 24 Julai 2011. Majlis bersurai....

Sekian Laporan :
Mohd Firdaus Rosli
PPN Selangor

No comments:

Post a Comment