Wednesday, March 30, 2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PLN SIRKIT 1/2011

Tarikh   : 16hb Hingga 19hb Mac 2011
Tempat  : Velodrome Cheras, Kuala Lumpur





Kejohanan Berbasikal Trek PLN Sirkit/2011 telah berlansung pada 16 hingga 19 Mac 2011 di Velodrome Cheras, Kuala Lumpur anjuran MSNM/MSN KL/PKBM/PLBKL/DBKL yang telah disertai seramai dua puluh (20) pasukan-pasukan berbasikal di seluruh tanahair. Pasukan Selangor telah menyenaraikan seramai lapan belas (18) orang atlit, tiga (3) orang jurulatih berbasikal iaitu En. Mohd Mahazir Hamad, En. Mohd Yusof Abd Nasir dan En. Mohd Nazri Abd Nasir serta Pegawai Pembangunan Negeri, Pn. Zie Ileana Izra. Secara keseluruhannya, Pasukan Selangor telah menduduki tempat kedua di dalam pungutan pingat keseluruhan kejohanan di belakang Pasukan Kebangsaan dengan lapan (8) emas, enam (6) perak dan lima (5) gangsa. Atlit wanita bawah lima belas (15) tahun, Farina Shawati bt M. Adnan telah dinobatkan sebagai Atlit Wanita Terbaik Kejohanan ini dengan secara peribadinya beliau telah memenangi lima (5) emas dan satu (1) perak.

Disediakan Oleh
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
PKU/PPN USPTN SELANGOR


No comments:

Post a Comment