Thursday, March 17, 2011

MULAKAN HARI DENGAN CERIA :)

Topik ini pernah saya kongsikan dengan semua rakan sekerja MSNS/USPTNS pada 1hb Mac lalu. Peluang yang diberikan oleh Pengarah, Encik Norzamri Bin Ishak ini, saya kongsikan bersama dengan yang lain. Bukan hanya untuk orang lain, malah renungan buat diri saya sendiri.

Mengambil tajuk yang cukup menarik perhatian saya ini, adalah hasil tulisan penulis motivasi yang amat saya kagumi : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj Di dalam petikan beliau mengatakan :

Ceria dan Bahagia berkait rapat dengan hati. Bahkan ceria dan bahagia itu memang datang dari situ ( hati). Jika kita berasa susah hati, Resah hati, Tidak puas hati, malah sakit hati, Ceria dan bahagia itu tadi akan tercabut dalam diri kita.

Katanya  lagi, kita harus menceria dan membahagiakan hati kita di setiap hari dan bermula setiap pagi ! Disitulah suisnya. Sememangnya hati kita ini adalah hak kita, Selain daripada Allah SWT, Hanya kita sahaja yang tahu di situasi apa ia berada dan hala tuju mana hendak kita bawa ia ( Hati )

Ketika kita bangun dari tidur di awal pagi, apa agaknya  ayat/perkataan yang terpacul dalam hati kita? Cuba renung situasi ini

' Orang yang bangun tidur dan hatinya berkata. 'Alamak, Hari ni hari bekerja ke? Apa pasal la hari ni hari kerja? menyampahnya aku! InsyaALLAH, Orang-orang tidak akan dapat merasakan bahagia dan ceria dari awal pagi lagi. Pagi-pagi lagi dah sebut tak suka itu, tak suka ini, nak ceriakan apa?? Itu umpama meletakkan satu gap, sempadan mahupun had pada hati untuk bertindak cerdas bebas dan cerdas.

Hati sentiasa berkomunikasi dengan minda.Apa kata hati, akan tersalur ke minda secara automatik. Minda pula akan bertindak mengikut suara hati. Bila hati berkata : 'Malasnya aku nak pergi kerja, menyampahnya aku pada si polan dan polan, Minda akan menyetujuinya. Ibarat hati itu bagaikan raja dan minda itu bagaikan permaisuri. Apa kata raja, permaisuri pasti akur!

Jadi, untuk menjadikan hati kita ini ceria dan bahagia, sentiasa mulakan hari dengan ceria juga. Tidak salah kalau kita berakat : ' Seronoknya bekerja hari ini, dapat berjumpa dengan rakan sekerja yang lain, ada yang bermanfaat, boleh dikongsi bersama'

Berbeza kan ? Orang yang bangun pagi dengan liat dan malas akan menyebabkan pergerakannya turut malas, lembab dan lembik. Tapi orang yang bangun dengan cerdas, seluruh hatinya akan menjadi cerah.

Kesimpulannya, kalau kita pernah bagi makanan negatif pada hati, jomlah cepat kita betulkan.Tukarkan ke positif. Sebab apa? Bertambah luas akal, Bertambah luas hidup dan bertambah datang bahagia. Bertambah sempit akal, Bertambah sempit hidup, akan bertambah lah datang perkara-perkara negatif yang mungkin akan membuatkan kita merasa kecewa

Di kongsi oleh :
SUHANA SUHAILI

No comments:

Post a Comment