Tuesday, March 15, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BADMINTON SBA

TARIKH   : 14hb MAC 2011 ( Isnin )
TEMPAT  :  DEWAN DATO HAJI SIDEK, PERSATUAN BADMINTON SELANGOR
MASA      : 3.00 - 4.40 PETANG


Menerusi pemantauan yang dijalankan, latihan berjalan dengan lancar, di hadiri dengan ramai atlet yang mengambil peluang sempena minggu cuti sekolah. ( 11-20 Mac 2011 ) Ada di antara atlet yang menjalankan latihan pada dua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Mereka mengambil masa berehat di dewan sementara menunggu latihan sesi petang bermula.

Di anggarkan seramai 35 orang atlit hadir pada sesi latihan petang yang dikendalikan oleh jurulatih, Encik Abdul Rahman Sidek dengan Encik Budi Rijanto. Kelihatan 2 orang jurulatih ini tidak menang tangan untuk mengendalikan sesi latihan yang melibatkan ramai atlit. Walaubagaimanapun, keadaan masih terkawal dengan semua pihak memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi latihan.

Atlit dan jurulatih pada ketika ini sedang menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2/2011 yang dijadualkan akan di adakan pada 14-17hb April 2011 bertempat di Ipoh, Perak.

Di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN Sukan Badminton
USPTN Selangor.

No comments:

Post a Comment