Friday, October 27, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( BIL 2/10 )


Tarikh                     : 26hb Oktober 2017 ( Khamis ).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya Kuala Selangor
Masa Latihan         :  8.30 - 10.30 Pagi
Masa Pemantauan  : 8.45- 10.20 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet :  13 Orang ( 11 lelaki & 2 wanita )

Program Latihan

1) Back Squart
2) Power Snatch
3) Power Clean & Jerk
4) Sit up










Ujian
- Tiada

Pertandingan
-Tiada pertandingan di adakan pada bulan Oktober. Atlet fokus menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Karnival Bakat yang akan di adakan pada bulan November 2017 di Kuantan Pahang.

Peralatan
- Terdapat tambahan peralatan ( kemudahan ), hasil inisiatif jurulatih pusat ini iaitu Encik Azhar Bin Osman ( Huraian di bahagian ulasan )

Kecederaan
- Seorang atlet iaitu Mohd Hariz dimaklumkan mengalami kecederaan ringan di bahagian bahy dan pergelangan tangan.

Program Binaan
- Tiada pada bulan Oktober. Kejohanan dalaman yang sepatutnya di adakan pada bulan Oktober terpaska ditunda ke bulan Disember memandangkan kekangan tarikh kerana ramai atlet terlibat dengan peperiksaan sekolah.

Ulasan 

1) Kehadiran atlet pada sesi latihan hanya 13 orang, agak berkurangan dari hari kebiasaan dan difahamkan terdapat atlet yang tidak sihat ( demam ). Semua atlet juga sedang menghadapi minggu peperiksaan bermula pada 23.10.2017 - 27.10.2017, Masa latihan juga disingkatkan ke 1 jam sahaja bagi memberi peluang kepada semua atlet bersedia bagi menduduki peperiksaan.

2) Jurulatih memaklumkan seorang atlet wanita yang dahulunya berlatih di pusat latihan SMK Rantau Panjang ( Normayatul - 15 tahun ), kini telah mula menjalani latihan bersama di pusat SMK Raja Muda Musa. Dimaklumkan, atlet ini dahulu berlatih di SMK Rantau Panjang namun kerana berpindah sekolah , beliau berhenti seketika menjalani latihan. Menurut jurulatih , atlet ini sangat berpotensi dalam sukan angkat berat dan mengharapkan beliau dapat menjalani latihan bersama atlet yang lain. 

3) Jurulatih memaklumkan, terdapat beberapa kemudahan peralatan latihan yang disediakan ( dicipta ) sendiri bagi kegunaan atlet di pusat latihan ini. Jurulatih telah mengambil inisiatif menyediakan peralatan bahan-bahan dan difahamkan En Mat Sulaiman , ayah kepada atlet Mohd Rashdan dan Mohd Adha telah membantu bagi penghasilan semua kemudahan tersebut ( lampiran bergambar ) Menurut jurulatih, objektif bagi penyediaan kemudahan ini adalah bagi memudahkan pemerhatian beliau terhadap atlet semasa menjalani latihan selain memudahcara serta menjimatkan masa.

4) Antara lain perbincangan bersama jurulatih adalah tentang masa depan /hala tuju atlet yang berumur 16 tahun pada 2018 , memandangkan jurulatih akan akan memberikan fokus yang lebih kepada atlet berumur di bawah 15 tahun.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Virus-free. www.avg.com

No comments:

Post a Comment