Thursday, October 19, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 01/10 )


Tarikh                     : 17hb Oktober 2017 ( Selasa ).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang Selangor.
Masa Latihan         :  3.30 - 6.00 Petang
Masa Pemantauan  : 3.45 - 5.30 Petang

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet :  17 Orang ( 8 lelaki & 9 wanita )

Program Latihan

1) Back Squart
2) Pull Snatch
3) Power Snatch
4) Back Press










Ujian
- Tiada

Pertandingan
-Tiada pertandingan di adakan pada bulan Oktober. Atlet fokus menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Karnival Bakat yang akan di adakan pada bulan November 2017 di Kuantan Pahang.

Peralatan
- Terdapat peralatan yang didapati rosak ( seperti lampiran )

Kecederaan
- TIADA laporan kecederaan atlet diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada pada bulan Oktober. Kejohanan dalaman yang sepatutnya di adakan pada bulan Oktober terpaska ditunda ke bulan Disember memandangkan kekangan tarikh kerana ramai atlet terlibat dengan peperiksaan sekolah.

Ulasan 

1) Kehadiran atlet pada sesi latihan ini lebih ramai kerana mereka bergabung menjalani latihan bersama sepena cuti persekolahan. Walaubagaimanapun, ada juga atlet yang tidak hadir kerana mengikut keluarga balik ke kampung.

2) Jurulatih memaklumkan seorang atlet wanita, Nur Fatin Yusrina telah kematian ayah beliau pada 16.10.2017. 

3) Senarai atlet yang akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat Siri 2/2017 akan dimaklumkan sebelum 10hb November 2017 bagi urusan pendaftaran.

4) Pihak Persatuan Angkat Berat Selangor telah menghantar dan menyerahkan beberapa peralatan bagi kegunaan atlet di pusat latihan ini. Antara peralatan yang diserahkan adalah seperti : Barbell - 15kg & 2kg, rack - 2 unit, Locker - 2 unit dan plywood - 2 unit. Terdahulu, peralatan ini telah diterima oleh pihak persatuan dari Bahagian Atlet, Majllis Sukan Negara.

5) Hari Sukan Negara 2017 peringkat SMK Rantau Panjang telah di adakan pada 14hb Oktober 2017. Pada majlis tersebut, beberapa anugerah telah diraih oleh sukan angkat berat. Antara anugerah tersebut adalah seperti berikut :

1) Anugerah Khas Juri : Encik Mohd Suhaizad Bin Subari ( Jurulatih )
2) Anugerah Tokoh Harapan Kokurikulum : Nurul Jannah Nt. Abdullah Saidi ( Atlet wanita )
3) Anugerah Khas Sumbangan Bakti : Kelab Angkat Berat.
4) Watikah Kebitaraan Sukan : Kelab Angkat Berat
5) Anugerah Paling Aktif ( Sukan/Permainan ) : Sukan Angkat Berat.
6) Anugerah Terbaik ( Sukan/Permainan ) : Sukan Angkat Berat.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment