Friday, May 5, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


TARIKH                       :  4hb Mei 2017 ( Khamis )
TEMPAT                      :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN          : 4.00 - 7.00 Petang
MASA PEMANTAUAN : 4.30 - 5.50 Petang

KEHADIRAN :

1)  Jurulatih : Encik Rossarisham
     Atlet : 10 Orang ( 5 wanita & 5 lelaki )

Program Latihan

  9.00-11.30 Pagi
- Warm up, Run 5 round.
- Tram[oline - 10 jump, 3 jump,back jump abc.
- Springboard
  Front jump, back jump
- Pool
  1m - Front jump, back jump, front entry

  4.00-7.00 Petang
- Gym
- Trampoline
- Springboard
- Pool 
  3 m : Front jump, back jump,front entry, back entry.

Ujian
Tiada

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan menyertai Sportexcel 1st Leg  yang akan di adakan pada 19-21 Mei 2017 di Pusat Akuatik Darul Ehsan Shah Alam.

  
Peralatan
- Beberapa peralatan didapati telah usang ,Huraian selanjutnya di bahagian ulasan.

Kecederaan
- Ikhlas Ahmad Sharol Lail, atlet yang mengalami kecederaan pada minggu lepas, tidak hadir menjalani latihan pada hari ini. Beliau masih dalam proses untuk sembuh dari kecederaan yang di alami.

Program Binaan
- Belum dijalankan.














Ulasan

Pemantauan saya pada hari semalam ( 04.05.2017 ) lebih menumpukan pada melihat keadaan peralatan di pusat latihan sukan terjun. Saya telah ditemani oleh Encik Rizal, selaku penyelaras sukan terjun dari Persatuan Renang Amatur Selangor.

Beberapa keping gambar telah diambil bagi tujuan pelaporan keadaan peralatan dan tempat latihan semasa sukan terjun. Berikut adalah rumusan yang dibuat berdasarkan perbincangan dan pemantauan :

1) Peralatan papan anjal ( 1m ) , rooller didapati ketat walapun telah diletak grease.
2) 'Harness' didapati berkarat - berusia lebih dari 15 tahun,
3) 'Anti slip mat' di bahagian platform 5 meter tidak ditutup sepenuhnya ( Hanya sebahagian ). Manakala di bahagian platform 7 & 10 meter, anti slip mat didapati terkopak,
4) Dry gym - 'Pully' yang mula digunakan pada tahun 1998 juga didapati telah berkarat. Tali yang digunakan juga sudah agak lama.

Perbincangan telah dibuat dengan pihak persatuan bagi permohonan peralatan dan yang berkaitan ke pihak MSN Selangor & Majlis Sukan Negara. Mesyuarat JKK sukan akuatik yang telah di adakan pada 30hb Mac 2017 juga telah membincangkan tentang keadaan peralatan di pusat latihan ini dan. Permohonan akan dikemukakan bagi penggantian peralatan yang dirasakan amat perlu untuk mengelakkan dari sebarang kecederaan dikalangan atlet semasa menjalani latihan.


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )


Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment