Thursday, May 11, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET 2/05


Tarikh                     :   11hb Mei 2017 ( Khamis )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Klang
Masa Latihan         :  8.30 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan  :  8.40 - 10.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet : 17 Orang ( 14 lelaki & 3 wanita )

Program Latihan

1) Back Squat
2) Power Snatch
3) Power Clean & Jerk
4) Sit Up











Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Kejohanan Angkat Berat Jemputan Kelantan pada 13-15 Mei 2017 bertempat di  Dewan Terbuka SK Tanjung Mas, Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.

Peralatan
Kekurangan bar
- Kekurangan Kapur ( Kapur yang digunakan dan yang hampir habis ini adalah yang diterima dari pihak persatuan pada 2 tahun lepas )

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

1) Seramai 5 orang atlet dari pusat latihan ini akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Jemputan Kelantan yang akan di adakan pada 13-15 Mei 2017 di Dewan Terbuka SK. Tanjung Mas, Pengkalan Chepa Kelantan. 

2) Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, terdapat 3 atlet wanita sedang menjalani latihan.Jurulatih memaklumkan ketiga atlet ini akan di daftarkan dalam program pada bulan Jun 2017. 

3) Jurulatih memaklumkan seorang atlet telah berhenti dari menyertai program. Ibubapa beliau mengambil keputusan tersebut setelah melihat perkembangan anak mereka dalam sukan ini. Atlet tersebut ialah Muhammad Adha Bin Mat Sulaiman.

4) Atlet akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bermula pada 19hb Mei 2017, beberapa hari sekembalinya mereka dari kejohanan di Kelantan. Walaubagaimanapun, atlet telah dinasihatkan agar tidak menjadikan latihan dan kejohanan sebagai alasan untuk tidak mengulangkai pelajaran dan seterusnya fokus kepada peperiksaan.

5) Jurulatih memaklumkan mereka kekurangan kapur. Kapur yang mereka gunakan sekarang adalah yang diterima dari pihak persatuan 2 tahun lepas.

6) Set tilam yang diberikan oleh  pihak Majlis Sukan Negara telah disusun dengan kemas .  Jurulatih memaklumkan pihak SMK Raja Muda Musa akan menjalankan program mengemas kemudahan asrama ini agar dapat digunakan sepenuhnya selepas bulan Jun. Cadangan mereka adalah untuk menjalankan kem atlet pada hujung minggu setiap minggu kedua & keempat. 

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment