Sunday, May 28, 2017

RENANG : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( Bil 2/Mei )

Tarikh : 28.05.2017 ( Ahad)
Masa Latihan : 8.00 pagi - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan : 8.00 - 9.00 Pagi
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam

KEHADIRAN :
1. Encik Mark Chua Yu Foong - JSM
2. Atlet : 17 Orang ( 11 lelaki & 6 wanita )









LATIHAN
1. Latihan Kecergasan  ( menguatkan otot kaki )

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Atlet telah menyertai Kejohanan Sportexcel 1st Leg yang telah dijalankan Pusat Akuatik Hang Jebat pada 19-21 Mei 2017.

PERALATAN
Mencukupi bagi kegunaan atlit.

KECEDERAAN
Tiada laporan kecederaan diterima daripada jurulatih.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
- Jurulatih memaklumkan sesi latihan kecergasan pada hari ini lebih kepada larian. Beliau sempat menjelaskan kepada saya tentang pentingya keseimbangan latihan di darat dan juga di dalam air bagi seorang perenang. Menurut beliau, dengan melakukan keseimbangan latihan ini, akan dapat mengelakkan atlit daripada mengalami osteoporosis ketika menjangkau  umur 30 tahun dan ke atas. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang yang pernah bergelar atlit,pendedahan kepada latihan di darat satu ketika dahulu adalah amat kurang berbanding menghabiskan masa selama 4 jam sehari menjalani latihan di dalam air.

- Jurulatih memaklumkan pada setiap hari sabtu dan ahad, Program latihan kecergasan yang dijalankan ke atas atlit adalah berbeza. Beliau juga memaklumkan yang kesemua atlit yang berumur di bawah 16 tahun, adalah sama sekali tidak menggunakan  peralatan gim. Jurulatih menyatakan bahawa pada peringkat umur 16 tahun ke bawah adalah terlalu muda bagi menggunakan peralatan gim sebagai latihan.

- Jurulatih Mark memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima senarai nama rasmi bagi atlit yang layak ke Kejohanan Sportexcel ( Akhir ).

Sekian, untuk laporan.

Disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik & Angkat Berat.

No comments:

Post a Comment