Saturday, April 29, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( 2/APRIL)


TARIKH                      :  28hb April 2017 ( Selasa )
TEMPAT                      :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN          : 4.00 - 7.00 Petang
MASA PEMANTAUAN : 4.30 - 5.50 Petang

KEHADIRAN :

) Pn Nur Hazzarina ( JSM )
    Atlet : 15 Orang ( 9 wanita & 6 lelaki )

Program Latihan 
- Latihan kecergasan










Ujian
Tiada

Pertandingan
-Beberapa orang atlet telah menyertai Kejohanan National Age Group yang telah di adakan pada 14-16 April lalu bertempat di Paroi Negeri Sembilan. Pencapaian keseluruhan, atlet telah memenangi  2 Emas, 9 Perak & 8 Gangsa.Pingat emas dimenangi oleh  Lim Min dan Muhammad Haris.

  
Peralatan
- Masih dalam proses permohonan bagi pembelian peralatan.

Kecederaan
- Seorang atlet mengalami kecederaan di buku lali apabila dilaporkan terjatuh semasa berada di sekolah. Beliau telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik.

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

- Sesi latihan tidak dapat dijalankan secara sempurna setelah didapati air kolam masih kotor ( berwarna hijau )  Encik Ali ( MBSA ) telah memaklumkan buat masa ini pembaikan tidak dapat dijalankan kerana pam rosak dan masih menunggu untuk tindakan selanjutnya dari pihak MBSA.

- Elizabeth ( JSM ) bersama dengan dua orang lagi jurulatih negeri hanya menjalankan latihan kecergasan di tepi kolam.

- Sebahagian atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Diving Sportexcel 1st leg yang akan di adakan pada bulan Mei, di Shah Alam.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )



No comments:

Post a Comment