Friday, April 28, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN (2/APRIL )


Tarikh                     :  27hb April 2017 ( Khamis)
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Klang
Masa Latihan         :  3.30 - 6.00 Petang
Masa Pemantauan  :  4.00 Petang - 5.30 Petang

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 12 Orang ( 6 lelaki & 6 wanita )

Program Latihan

1) Back Squat
2) Pull Snatch
3) Power snatch










Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Seramai 12 orang atlet dari pusat latihan ini telah menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis 2017, Perlis yang telah di adakan pada 20-23hb April. Secara keseluruhan, negeri Selangor berjaya memenangi 1 Emas, 7 Perak & 3 Gangsa dalam kejohanan ini. Bagi pusat latihan ini pula, mereka telah memenangi  1 Emas, 3 Perak & 2 Gangsa.

Peralatan
- Kekurangan bar
- Platform ( retak@berlubang )
- Disc 2.5kg ( tertanggan besi di tengah )

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

- Jurulatih memaklumkan prestasi atlet di Karnival Bakat Pelapis Negeri Perlis, adalah sangat memuaskan. Ramai atlet membuat rekod angkatan masing-masing. walaupun ada antara mereka yang tidak tersenarai dalam penerima pingat kemenangan.

- Dua orang atlet wanita bawah 13 tahun juga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila keduanya memenangi pingat perak dalam kategori yang disertai walaupun baru pertama kali menyertai kejohanan bakat.

- Semasa pemantauan dijalankan, atlet dan jurulatih berlatih di ruang belakang ltempat perhimpunan memandangkan pada hari tersebut, telah di adakan program sukantara sekolah SMK Rantau Panjang dan kawasan latihan asal, telah digunakan oleh atlet olahraga bagi tujuan pertandingan.

- Peralatan disc 2.5kg telah mengalami keretakan apabila besi di tengah-tengah disc tersebut telah tertanggal semasa atlet menggunakanya semasa latihan.

- Status dua orang atlet yang telah dipilih oleh pihak persatuan dan unit, untuk berlatih di PLN Batu 18, Hulu Langat  masih dalam proses di peringkat USPTN Selangor.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.




WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


No comments:

Post a Comment