Tuesday, August 9, 2016

PEMANTAUAN : PEMILIHAN AKHIR ATLET SUKAN ANGKAT BERAT BAGI PENYERTAAN KE KARNIVAL BAKAT SIRI 2/2016, PULAU PINANG.

Tarikh    : 6hb Ogos 2016 ( Sabtu )
Tempat  : SMK Rantau Panjang, Klang Selangor.
Masa     : 8.30  - 11.00 Pagi.

Kehadiran :

Jurulatih : Encik Suhaizad Bin Subari & Encik Mohd Noor Saiful Bin Ahmad Puad
Guru Sekolah : En Kusairi Bin Abdul Karim ( SMK Abdul Jalil ) En Azhar Bin Osman ( SMK Raja Muda Musa )
Atlet :
SMK Rantau Panjang : 25 orang ( 14 wanita & 11 lelaki )
SMK Abdul Jalil : 4 orang lelaki.
SMK Raja Muda Musa : 10 orang lelaki,
Jumlah keseluruhan : 39 Orang ( 25 lelaki & 14 wanita )

Ulasan :

1) Kesemua atlet sukan angkat berat dari pusat latihan SMK Abdul Jalil, SMK Rantau Panjang dan SMK Raja Muda Musa berkumpul di SMK Rantau Panjang bagi sesi pemilihan akhir bagi memilih atlet yang layak untuk disenaraikan menyertai Karnival Bakat Pelapis SIRI 2/2016 yang akan di adakan pada 15-18 Ogos , Pulau Pinang.

2) Pemilihan ini dibuat oleh jurulatih memandangkan hanya 2 atlet sahaja yang dibenarkan bagi pendaftaran setiap kategori dan saingan dapat dilihat bagi pemilihan atlet lelaki berbanding wanita.

3) Jurulatih, Suhaizad menilai angkatan snatch setiap atlet berbanding clean n jerk.

4) Menerusi pemilihan ini, seramai 24 orang ( 14 lelaki & 10 wanita ) atlet telah terpilih bagi penyertaan karnival bakat siri 2/2016. Berikut adalah pecahan penyertaan atlet dari setiap sekolah@pusat latihan.

   i) SMK Rantau Panjang : 15 orang ( 11 wanita & 4 lelaki )
  ii) SMK Raja Muda Musa : 6 orang lelaki
 iii) SMK Abdul Jalil : 3 orang














Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN Selangor
Sukan Angkat Berat


No comments:

Post a Comment