Tuesday, July 19, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET DAN MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA KE SUKMA, SARAWAK.

Tarikh     :  15hb Julai 2016 ( Jumaat )
Tempat   :  Pusat Latihan Negeri Batu 18, Hulu Langat Selangor
Masa Latihan : 3.30-6.45 Petang
Masa pemantauan 3.30-6.30 Petang

Kehadiran :

- Encik Naharuddin Mahayuddin ( Jurulatih Negeri )
Atlet : 4 orang ( Mohd Rashdan Bin Mat Sulaiman, Mohd Yusof Bin Nandong, Muizzudin Syahmi Bin Ahmad       Bahar & Rahamad Bin Sialiman )

Program latihan :

 1) Pull Clean
 2) Back Squat

Ujian :
- Tiada

Pertandingan :
- Kesemua 4 orang atlet ini akan berlepas ke Kuching Sarawak bersama 6 orang atlet negeri bagi menghadapi     kejohanan SUKMA yang akan bermula pada 22hb Julai 2016.

Peralatan :
- Dua peralatan latihan berupa blok dilihat telah digunakan oleh atlet untuk latihan. Blok ini adalah bagi menggantikan blok yang telah usang.

Kecederaan :
- Semua atlet berada dalam keadaan baik.

Program Binaan
-Tiada

Ulasan :

- Sesi latihan berjalan dengan lancar dengan semua atlet memberi penumpuan terhadap program latihan yang di susun oleh jurulatih.

- Sesi latihan ditamatkan awal dari kebiasaan bagi memberi laluan pada majlis doa selamat yang di adakan pada jam 8.00 malam. Majlis doa selamat ini telah diketuai oleh imam Masjid Kampung Jawa, Batu 18 Hulu Langat. 
Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

- Setiausaha Persatuan Angkat Berat Selangor Tuan Haji Adzahar Bin Derani telah mempengerusikan majlis dengan memberi peluang kepada Pengurus Pasukan Selangor , Encik Azemi untuk berucap menyampaikan amanat kepada pasukan.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat.







No comments:

Post a Comment