Thursday, June 9, 2016

SEPAK TAKRAW - KARNIVAL BAKAT SIRI 1/2016

Tarikh : 12 - 15 MEI 2016

Tempat : Kuala Terengganu, Terengganu

Penyertaan : 20 atlet, 3 jurulatih, 1 pengurus

Kejohanan siri 1 ini merupakan kesinambungan Karnival Antara Zon yang diadakan pada tahun lepas. Tahun ini kejohanan melibatkan penyertaan negeri dimana atlet yang bertanding merupakan atlet baru yang tidak menyertai mana-mana kejohanan bertaraf kebangsaan seperti MSSM dan Sirkit Remaja Kebangsaan.

Pada tahun ini terengganu merupakan tuan bagi sirkit 1 pada tahun ini yang melibatkan 8 jenis sukan. Bagi sukan sepak takraw, format kejohanan yang diadakan adalah bawah umur 14 - 15 tahun (2 regu) dan bawah umur 12 - 13 tahun (2 regu). 

Pihak unit juga sangat berbesar hati dengan lawatan Pengarah Eksekutif MSN Selangor kerana kesudian beliau melapangkan masa menyaksikan kejohanan pada kali ini. Kehadiran beliau juga telah mencetuskan impak pada moral atlet sepak takraw Selangor.

Berikut adalah keputusan bagi sukan sepak takraw Negeri Selangor :

1. Regu A bawah 14-15 tahun (Gangsa)

2. Regu B bawah 14-15 tahun (suku akhir)

3. Regu A bawah 12-13 tahun (Emas)

4. Regu B bawah 12-13 tahun (suku akhir)

sekian untuk makluman, 

Kejohanan bagi Siri 2 pula akan diadakan pada 15 - 18 Ogos 2016 di Pulau Pinang. Kita jumpa disana....!!!!!

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, TENPIN BOLING DAN SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR





No comments:

Post a Comment