Monday, September 8, 2014

TINJU - MESYUARAT PELAKSANAAN AGENSI LUAR

Tarikh : 28 Ogos 2014

Tempat : Pejabat Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam

Penyertaan : 1. Tuan Awaluddin bin Zakaria 
                         Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam

                     2. Puan Zie Ileana Izra bte Ujang - KU USPTN Selangor

                     3. En Norazizam Mohamad Nor - PPN Selangor

                     4. En Kamal Arshad - JSM Tinju Selangor

Masa : 11.30 pagi


Salam

Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada kerana pihak majlis telah banyak memberi bantuan terutamanya logistik dan kemudahan tempat latihan

Pihak majlis juga bercadang untuk memohon peruntukkan kepada kerajaan negeri bagi membina dewan sukan tempur diatas tanah majlis dan tinju merupakan sukan yang akan diberi keutamaan pada tempat itu

Tuan Awaluddin yang juga memangku tugas Yang Dipertua Majlis juga amat berbangga dengan pencapaian atlet Tinju bagi Program Pelapis ini kerana telah mengharumkan nama majlis sendiri dengan pencapaian yang cemerlang. 

Sehubungan dengan itu, pihak majlis mencadangkan bantuan untuk penginapan sementara di rumah rasmi YDP bagi atlet Kajang yang menginap di sana.

Semoga hubungan dan kerjasama antara USPTN Selangor bersama Majlis Daerah Sabak Bernam akan berterusan.

sekian, terima kasih

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment