Tuesday, September 23, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 18HB SEPTEMBER 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
MASA      : 3.00 - 5.00 PETANG
KEHADIRAN  :











Pemantauan ini telah dijalankan pada hari Khamis , beberapa hari sebelum mereka ini bertolak ke ke Kedah bagi menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 yang di adakan pada 21hb - 26hb September 2014.

Berdasarkan pemantauan yang saya jalankan pada hari ini, kehadiran atlet kurang berbanding biasa kerana ada sebahagian daripada mereka yang mengikut keluarga bercuti sempena cuti persekolahan.

Kelihatan dalam gambar jurulatih, Nurul Atiqah Amran memberi taklimat kepada atlet , tentang disiplin dan fokus atlet semasa latihan. Ada di antara mereka yang tidak akan tersenarai menyertai Kejohanan memandangkan disiplin yang ditunjukkan tidak begitu baik. Tujuan tindakan yang dikenakan agar atlet lebih fokus dan tidak terlalu selesa untuk selalu di bawa ke kejohanan. Mereka seharusnya menunjukkan daya saing dan perhatian yang lebih semasa menjalani latihan.

Sementara, jurulatih Majlis Sukan Negeri iaitu Encik Amran Hamidi pula memberika taklimat tentang keputusan Kejohanan Sukan SPTS yang baru sahaja selesai dijalankan di Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

No comments:

Post a Comment