Tuesday, September 23, 2014

PELAYARAN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 19HB SEPTEMBER 2014 ( JUMAAT )
TEMPAT : PUSAT LATIHAN SUKAN LAYAR, PANTAI BATU LAUT , TG SEPAT
MASA     : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
KEHADIRAN : 18 ATLET DAN 2 JURULATIH.











Pemantauan kali ini agak berbeza berbanding pemantauan yang dibuat sebelum ini. Bersempena dengan cuti sekolah , atlet -atlet pelayaran di sini telah menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan bot dan juga stor penempatan barang serta peralatan mereka. Kelihatan, atlet bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang telah di amanahkan oleh jurulatih kepada mereka.

Sewaktu perjumpaan saya bersama dengan Encik Abdul Aziz ( Timbalan Presiden Persatuan Sukan Layar Selangor ) aktiviti seumpama ini bukan selalu dapat di adakan memandangkan atlet dan jurulatih terikat dengan program latihan dan jadual kejohanan yang agak padat. Di kesempatan yang ada pada musim cuti persekolahan inilah , mereka semua dapat mengambil peluang menjalankan aktiviti gotong royong.

Inilah yang cuba di sampaikan oleh pihak persatuan dan juga jurulaih, iaitu ingin menerapkan rasa sayang dan cinta pada sukan pelayaran dan persatuan di kalangan atlet di sini.

Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin akan dapat terus di semai dari masa ke semasa.

Syabas dan tahniah buat jurulatih dan atlet.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo




No comments:

Post a Comment