Sunday, September 7, 2014

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2 2014

Tarikh : 3-7 September 2014
Tempat : Velodrom Cheras Kuala Lumpur

Seramai 13 orang atlet negeri Selangor telah menyertai Kejohanan yang kali kedua pada tahun ini. Atlet Selangor menyertai dua kategori iaitu bawah 18tahun dan juga bawah 15 tahun.

Prestasi atlet selangor agak baik walaupun hanya mambawa pulang 1 pingat gangsa sahaja menerusi adik Mohd Firdaus Sharil acara 3km individu persuit bawah 15tahun dgn catatan masa 2.47 saat.

4 orang atlet baru yang pertama kali menyertai kejohanan kali ini iaitu Mohd Alif Safwan, mohd Aiman Abbas, Mohd Aidil Hakeem dan mohd zarief Aiman agak teruja dan berasa gementar bagi perlumbaan kali.  Semoga perlumbaan akan datang mereka dapat meningkatkan prestasi dengan lebih baik. Tahniah diucapkan kepada pelumba-pelumba baru kerana berjaya memberi saingan kepada perlumba yang sudah agak berpengalaman dalam perlumbaan trek. Atlet bawah 15 tahun menunjukkan prestasi yang baik dalam acara tertentu pada kejohanan kali ini. kayuhan meraka semakin matang dan ada peningkatan dari segi masa.

Pada pelumba yang pernah menyertai kejohanan kali ini terutama pada kaetogori bawah 18 tahun masalah gearing agak menyukarkan keyuhan mereka.. Syed Mohamad Iskandar agak mengecewakan prestasi kurang baik dan hilang fokus semasa perlumbaan. Mohd Fitri Sharil berada di bawah keupayaan sebenar. Semoga pada perlumbaan akan datang dapat meningkatkan prestasi mereka. Ada juga beberapa atlet tidak dapat menyertai perlumbaan kerana sedang menghadapi peperiksaan.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor




Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment