Sunday, April 6, 2014

TENPIN BOLING : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( MONTHLY ROLL OFF - APRIL )

TARIKH   : 3HB APRIL 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT  : AMPANG SUPERBOWL, SUMMIT USJ SUBANG JAYA,
MASA      : 8.30 - 11.20 MALAM
KEHADIRAN  : 21 0RANG ATLET DAN JURULATIH.












Month Roll Off atlet tenpin boling, Program Pelapis Negeri 2014 telah di adakan pada 3hb April 2014. Seramai 21 orang atlet menghadiri sesi ini.Monthly Roll Off yang di adakan ini juga sebagai salah satu kriteria yang akan di ambil kira dalam penetapan ranking atlet bagi 6 yang terbaik.

Perbincangan telah dilakukan bersama dengan  Setiausaha Persatuan Tenpin Boling Selangor, Puan Shalin yang telah bersetuju bagi jurulatih menetapkan ranking 6 terbaik dikalangan atlet.

Melalui monthly roll off ini, setiap atlet bermain sebanyak 6 permainan dan pencapaian mereka akan di nilai oleh jurulatih, Encik Azmeer Nizam Bin Abd Rahman yang mana beliau akan memaklumkan tentang prestasi atlet - atlet menerusi sesi latihan berikutnya.

Di kesempatan yang ada juga, ibubapa atlet telah bekerjasama menganjurkan bacaan tahlil buat arwah Abdul Rahman , ayah kepada jurulatih Azmeer Nizam , yang telah kembali ke rahmatullah pada 26hb Mac 2014 yang lalu. Salam takziah buat keluarga jurulatih Azmeer. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo.

No comments:

Post a Comment