Wednesday, April 16, 2014

TAEKWONDO : SPORTEXCEL NSC-MILO- REMAJA & SENIOR ( 2nd Leg ) , PERLIS

TARIKH   :  11-13 APRIL 2014
TEMPAT  :  DEWAN CHENG AUN KONG, JEJAWI ARAU PERLIS
PENYERTAAN : 13 ATLET, 2 JURULATIH & 1 PENGURUS PASUKAN

















Seusai Kejohanan Taekwondo  Poomsae dan Koryo Kebangsaan pada 28-30hb Mac 2014 yang lalu, pasukan ini bersedia pula menghadapi Kejohanan Sportexcel Remaja dan Senior Sirkit Kedua yang di adakan di Dewan Cheng Aun Kan, Jejawi Arau Perlis. Kejohanan ini di khabarkan sebagai medan terakhir bagi persediaan sebelum bermulanya Kejohanan SUKMA pada bulan mei nanti.

Seramai 13 orang atlet mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Mereka telah bertolak ke Perlis pada 11hb April 2014 dengan diiringi oleh Pengurus Pasukan iaitu Encik Balan dan 2 orang jurulatih Pelapis Negeri iaitu Encik Balakrishnan dan Encik Arikrishnasamy.

Pasukan Selangor berjaya meraih 4 EMAS, 1 PERAK dan 3 GANGSA.Berikut adalah pemenang pingat :

1)  Sarath Ram ( Feather ) - Emas
2)  Muhammad Afnan ( Middle ) - Emas
3)  Anita Yeoh ( Welter ) - Emas
4)  Nanthini Arikrishnasamy ( Bantam ) - Emas
5)  Muhammad Khairul ( Bantam ) - Perak
6)  Leewan Ram ( Heavy ) - Gangsa
7)  Mugeelan ( Light ) - Gangsa
8)  Chua Xin Wei ( Fly ) - Gangsa

Jurulatih membuat kesimpulan prestasi pasukan ini berada di tahap membanggakan. Terdapat peningkatan menerusi prestasi atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Secara keseluruhan, Selangor menduduki tempat kedua di belakang pasukan dari Negeri Perak.,

Sebahagian daripada atlet ini akan menyertai Kejohanan Taekwondo yang akan di adakan di Sabah dan ini merupakan Kejohanan terakhir yang disertai oleh mereka sebelum SUKMA bermula.

Syabas dan tahniah .

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling & Taekwondo




No comments:

Post a Comment