Sunday, April 6, 2014

Taekwondo : 4th Taekwondo Malaysia (WTF) National Poomsae Championship & 5th Taekwondo Malaysia (WTF) National Kyorugi Championship 2014

TARIKH    :  28hb - 30hb MAC 2014
TEMPAT   :  STADIUM BADMINTON CHERAS, KUALA LUMPUR
PENYERTAAN : 5 ATLET & 2 JURULATIH










Terlebih dahulu, mohon maaf di atas kelewatan makluman tentang laporan kejohanan ini.  Ini adalah kejohanan Taekwondo Malaysia ( WTF )  National Poomsae dan juga Kejohanan Taekwondo Malaysia 
( WTF ) Kyorugi 2014 yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras selama dua hari bermula 28hb sehingga 30hb Mac 2014.

Pasukan Selangor menghantar seramai 12 orang peserta dan 5 daripadanya merupakan atlet dibawah Program Pelapis Negeri ( USPTN ) dan selebihnya adalah atlet senior yang akan mewakili Selangor di SUKMA 2014 nanti.

Kedua - dua jurulatih Encik Balakrishnan dan Encik Arikrishnasamy menggalas tanggungjawab membawa pasukan ini ke  kejohanan ini. Mereka memaklumkan, Kejohanan ini merupakan antar medan atlet menguji kemampuan mereka sebelum benar-benar berakdi di Kejohanan SUKMA nanti. Pasukan meraih 1 pingat emas dan 5 pingat gangsa . Pingat Emas adalah menerusi Nerosha bagi kategori 'heavyweight' wanita. Pemenang pingat gangsa terdiri daripada Muhammad Khairul, Muhammad Afnan, Sarath Ram, Siti dan Aravinda.

Seusai kejohanan ini, atlet akan mempersiapkan diri bagi kejohanan seterusnya iaitu Kejohanan Taekwondo Sportexcel Siri 2/2014 yang akan di adakan pada 11hb - 13hb April 2014, Perlis.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling & Taekwondo

No comments:

Post a Comment