Sunday, April 13, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SEMASA PROGRAM HIPNOSIS BERSAMA ATLET SUKMA MEMANAH SELANGOR

TARIKH    :  12HB APRIL 2014 ( SABTU )
TEMPAT   :   PUSAT LATIHAN BOLING PADANG , SEKSYEN 13 SHAH ALAM.
MASA       :   10.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
KEHADIRAN   : 20 ORANG ATLET, 2 JURULATIH, 4 STAF PEMBANGUNAN MSNS.










Kehadiran atlet ke sesi latihan pada hari ini lebih ramai memandangkan pada hari ini juga dijalankan program hipnosis ke atas atlet SUKMA memanah negeri Selangor. Atlet USPTN yang akan menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UUM, Sintok Kedah pada 16 - 20 April 2014 ini turut sama dalam program hipnosis yang dikendalikan oleh Encik Hilmi ini.

Atlet menjalani latihan jarak seperti kebiasaan yang mereka lakukan. Latihan ini adalah sebagai persediaan sebelum menghadapi Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 yang bakal di adakan di Politeknik Tuanku Syed  Sirajuddin, Perlis pada 22hb April 2014.

5 orang daripada atlet memanah negeri Selangor juga terlah tersenarai dalam Program Jangka Panjang 2020-2024 ( T'20 ) . Majlis Pelancaran Program ini nanti akan di adakan pada 28hb - 30hb April 2014 bertempat di Pusat ILMU , Janda Baik Pahang. Atlet memanah yang tersenarai adalah seperti berikut :

1) Ili 'Afifah
2) Suguniishvari
3) Haziq Zaid
4) Afham Bin Sukurdin
5) Ikram Zaidi

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo





No comments:

Post a Comment