Saturday, October 26, 2013

TAEKWONDO :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TAEKWONDO, KLANG

TARIKH    : 25HB OKTOBER 2013 ( JUMAAT )
TEMPAT   : PLN TAEKWONDO, JALAN PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, KLANG .
MASA       : 8.00  - 9,30 MALAM
KEHADIRAN   : 14 ORANG ATLET DAN 1 JURULATIH.

                                      







                                      

Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran 14 orang atlet. Jurulatih memaklumkan atlet - atlet ini sedang dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan  Taekwondo TM ( WTF ) NSC-Milo antara Kelab-Kelab Malaysia kali ke-3 yang akan di adakan pada 8hb - 10hb November 2013, bertempat di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama persiapan juga turut dibuat atlet-atlet ini yang sebahagian daripada mereka akan menyetai  Kejohanan Kelantan International Open yang akan di adakan pada 14-16 November 2013.

Jurulatih sebelum ini ada memaklumkan tentang masalah peralatan ( mat ) dan daripada pemantauan yang saya lakukan ini mendapati 'mat' yang ada disini, memang sudah terlalu lama. 'Mat' tersebut didapati amat keras dan difahamkan, ada atlet yang mengalami kaki melecet ketika berlatih.Walaubagaimanapun permohonan bagi mendapatkan bantuan peralatan 'mat' telah dibuat melalui Ketua Unit USPTN Selangor baru-baru ini.

Atlet-Atlet ini akan menjalani Ujian Kecergasan yang akan di adakan pada 27hb Oktober 2013 ( Ahad ) bertempat di Kompleks Sukan Seksyen 6, Shah Alam Selangor.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Taekwondo, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Tenpin Boling.


No comments:

Post a Comment