Tuesday, October 1, 2013

GIMRAMA :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA - SRJKC TAMAN RASHNA, KLANG

Tarikh         : 1hb Oktober 2013 ( Selasa )
Masa          : 2.00 - 4.00 Petang
Tempat       : SRJKC Taman Rashna, Klang
Kehadiran   :  10 orang atlit, 1 Jurulatih, 1 Pembantu Jurulatih dan 1 Guru Sekolah.










Ulasan

Seramai 10 orang atlit hadir menjalani latihan, mereka yang berlatih di sesi etang ini adalah yang berumur 9 - 12 tahun. Pada sebelah pagi, sesi latihan adalah bagi atlit yang berumur 7 - 9 tahun.

Pada lawatan kali ini, jurulatih dan atlit telah menerima agihan bantuan peralatan yang telah diterima dari pihak cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara. Peralatan yang diberikan berupa belantan,gelung,bola dan tali iaitu 5 set setiap satu.

Dimaklumkan pihak sekolah ini telah menyediakan jadual bagi guru, turut membantu jurulatih semasa sesi latihan ( gambar guru yang sedang membantu gimnas yang mengalami kecederaan ) . Difahamkan, guru-guru wanita sekolah ini telah diberikan jadual giliran bagi mereka untuk turut membantu semasa sesi latihan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada pihak Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara yang teah memberikan bantuan peralatan bagi pusat latihan SRJKC Tamana Rashna, Klang ini.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimrama & Gimnastik Artistik, Tenpin Boling dan Taekwondo

No comments:

Post a Comment