Monday, October 21, 2013

GIMNASTIK ARTISTIK :BENGKEL MOTIVASI & PEMAKANAN BAGI ATLET SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK & GIMRAMA, PROGRAM PELAPIS USPTN SELANGOR 2013

TARIKH    :   19hb OKTOBER 2013 ( Sabtu )
MASA        :   1.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT   :   SJKC YUK CHAI, TAMAN MEGAH, PETALING JAYA SELANGOR
KEHADIRAN  : 100 ORANG ( Gimnas, Jurulatih, Ibubapa, PPN )

                                      


                                   
                                     








                                      
                                      


Jadual Bengkel :

1.00 - 2.00 Petang : Nutrisi dan Pemakanan
2.30 - 4.00 Petang : Psikologi Sukan
4.00 - 4.20 Petang : Rehat
4.20 - 5.30 Petang : ' Dance Choreograph '
5.30 - 6.00 Petang : Penutup

Catitan :

Bengkel julung kali di adakan bagi sukan gimnastik artistik dan gimrama ini telah mengumpulkan atlet dari pusat latihan Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang di Dewan Badminton SJKC Yuk Chai, Taman Megah Petaling Jaya.

Penceramah yang telah dijemput bagi menjayakan bengkel ini adalah Cik Mohalijah Binti Mohamad Ali dari Majlis Sukan Negara yang telah berkongsi info berkenaan nutrisi dan pemakanan.

Penceramah kedua ialah Puan Rebecca Wong, Psikologi Sukan dari Institut Sukan Negara yang berkongsi informasi tentang psikologi dalam sukan. Atlet diberi tip tentang 'concentration,Breathing & Self talk' semasa menghadapi sesuatu pertandingan.

Bagi sesi ketiga , jurulatih sukan gimnastik artistik dan gimrama telah bergabung tenaga mengadakan ' Dance Choreograph ' . Sesi ini, atlet telah dibahagi kepada 3 kumpulan dan mereka mengadakan perbincangan dan latihan bagi persembahan 'choreograph'. Ibubapa yang hadir sama dalam bengkel ini telah diberi peluang menjadi juri bagi memilih kumpulan terbaik dalam penghasilan 'dance choreograph' .

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling dan Taekwondo








No comments:

Post a Comment