Monday, May 9, 2011

Rencana Berita Harian- Ruangan Didik 9hb Mei 2011

Tarikh Artikel : 9hb Mei 2011 ( Isnin )
Akhbar : Berita Harian
Atlit : Adik Sarah Aneesa Binti Mazwan

Artikel bertajuk ' Impian, Harapan Sarah Aneesa ' terbitan akhbar Berita Harian menerangkan tentang harapan gimnas cilik ini untuk menjadi seorang jurulatih sukan gimnastik satu hari nanti, Penglibatan dalam sukan gimnastik gimnas ini telah bermula seawal umur 6 tahun lagi. Menjadikan Nurul Fatiha Abdul Hamid selaku idola kesayangannya, kini adik Sarah Aneesa sedang giat menjalani latihan dibawah jurulatih program Pelapis, Svitlana Badiulia.

Sarah Aneesa Binti Mazwan ini akan bertanding mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 yang akan di adakan di Kota Bharu Kelantan pada 11-15hb Mei 2011. Adik Sarah Aneesa ini telah terpilih sebagai atlet terbaik sukan gimnastik artistik wanita tahun 2010.

Semoga Terus Cemerlang buat Adik Sarah Aneesa :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik & Badminton

No comments:

Post a Comment