Friday, May 6, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK ( MEI )

TARIKH : 5HB MEI 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK, SHAH ALAM

MASA : 8.30 - 10.00 PAGI

KEHADIRAN : PPN, JURULATIH ( SVITLANA ) DAN 8 ORANG ATLIT












Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih, Svitlana Badiulia, jurulatih melaporkan kehadiran atlit tidak mencapai 100% kerana 5 orang atlit terlibat dengan peperiksaan sekolah pada minggu pertama bulan Mei. Jurulatih turut memaklumkan 3 gimnas beliau, iaitu Sarah Aneesa, Low Qie Ling dan Wafiatun Najiha sedang menyertai sesi ujian pemilihan "control testing' yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pada 4hb sehingga 6hb Mei 2011.

Menerusi pemantauan saya, atlit lebih mudah memahami pengajaran latihan yang diberikan jurulatih berbanding sewaktu mereka mula-mula menjalani latihan dahulu. Penekanan latihan yang lebih mencabar telah diberikan kepada semua atlit ini. Kehadiran atlit adalah seperti berikut :

1) ARIN SHARAF
2) WAN ADREA
3) RAFIQAH

4) ERIKA

5) ANIS NABILAH

6) IMAN
7 ) GOH ESWEN

8) TAN XIN LIN


Di akhir sesi latihan, saya berkesempatan untuk berbincang dengan jurulatih tentang persiapan akhir atlit yang akan menyertai Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 yang akan diadakan pada 11-14hb Mei 2011 di Kota Bharu, Kelantan. 5 gimnas wanita dan 6 gimnas lelaki telah didaftarkan untuk menyertai kejohanan ini nanti.

Semoga berjaya di ucapkan kepada semua gimnas negeri Selangor yang akan bertanding di Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011. Jumpa di negeri Kelantan :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri

Sukan Gimnastik & Badminton

No comments:

Post a Comment