Tuesday, December 19, 2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN

Tarikh : 19.12.2017
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat

Kehadiran :
1. Sharul Abd Razak - JPM
3. Atlet : Lelaki - 23 Wanita - 12

LATIHAN
1. Latihan Pemanas Badan
2. Persiapan peralatan
3. Taklimat latihan
4. Latihan dilaut (1 Sesi)

UJIAN
Jurulatih memaklumkan akan membuat Ujian Kecergasan pada 20.12.2017 bertempat di PLN Pelayaran, Batu Laut.

PERTANDINGAN
Telah menyertai Kejohanan National Open Sailing Kali Ke 34 MSA/MILO/NSC 2017 bertempat di Lumut, Perak pada 6-10 Disember 2017.

PERALATAN
Perlu penambahan dan gantian bagi peralatan kecil

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Persatuan akan mengadakan Kem Marathon Pelayaran Selangor 2017 dari Pusat Latihan Negeri Batu Laut, Tanjung Sepat ke Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 25-27 Disember 2017.

ULASAN

1. Kehadiran atlet mengikuti latihan amat memuaskan.

2. Latihan pada hari ini disertai oleh atlet dari daerah Sabak Bernam dan mereka akan menjalankan latihan berterusan sehingga cuti sekolah berakhir.

3. Seramai 4 orang atlet Kebangsaan yang sedang bercuti telah menyertai sesi latihan pada kali ini mereka adalah Nur Aishah Kovo, Nurul Izzryn, Ummu Nurdania dan Muhammad Faizal Asri. 

4. Mereka sedikit sebanyak dapat membantu atlet-atlet baru dalam sesi latihan kali ini.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Pelayaran
Tarikh : 19.12.2017






No comments:

Post a Comment