Tuesday, December 19, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( BIL 1/12 )


Tarikh                     : 19hb Disember 2017 ( Selasa ).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya
Masa Pemantauan  : 8.30 - 10.45  Pagi

Kehadiran 
1) En Azhar Bin Osman ( JSM )
2) Atlet : 13 Orang ( 10 lelaki & 3 wanita )


Program Latihan

- Jurulatih dan atlet menjalani latihan ringan.

Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Tiada pertandingan di adakan pada bulan terakhir 2017.


Peralatan
- En Mat Sulaiman ( ayah kepada salah seorang atlet ) telah membantu menyediakan peralatan bagi memudahkan latihan atlet  ( lampiran gambar )

Kecederaan
- Jurulatih memaklumkan atlet yang mengalami kecederaan sebelum ini kerana kemalangan ( Lukman ) masih dalam tempoh berehat. 2 batang besi telah dimasukkan ke lengan.

Program Binaan
- Tiada pada bulan disember












Ulasan 

- Pemantauan ini merupakan pemantauan terakhir saya selaku PPN bagi sukan angkat berat ,memandangkan selepas ini sukan angkat berat di daerah Kuala Selangor akan di kendalikan oleh Penyelaras Sukan Daerah , iaitu Encik Ahmad Jamaludin. Atlet berkesempatan bergotong royong bersama membersihkan kawasan pusat latihan.

- Perbincangan bersama jurulatih juga telah dibuat bagi hala tuju atlet di pusat latihan ini. Beliau telah dimaklumkan bahawa sukan angkat berat di peringat SMK Raja Muda Musa akan diteruskan memandangkan pihak MSN Selangor masih meneruskan program pembangunan sukan ini.

- Perjumpaan bersama atlet juga telah dibuat, atlettelah dimaklumkan mengenai status sukan angkat berat dan menasihatkan semua atlet agar tidak cepat melatah dengan situasi semasa malah mereka diminta untuk meneruskan latihan bersama perancangan jurulatih memandangkan kesemua atlet di pusat latihan ini masih bersekolah. Penglibatan mereka dalam sukan angkat berat juga secara tidak langsung merupakan aktiviti ko kurikulum sekolah yang akan di ambil kira.

- Semoga program pembangunan sukan angkat berat di pusat latihan SMK Raja Muda Musa akan dapat terus dijalankan.\

TERIMA KASIH SEMUA, KAK SUE AKAN PASTI MERINDUI TEAM SMK RAJA MUDA MUSA!

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


No comments:

Post a Comment