Wednesday, December 20, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( BIL 2/12 )


Tarikh                     : 20hb Disember 2017 ( Rabu).
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar klang
Masa Pemantauan  : 8.30 - 10.45  Pagi

Kehadiran 
1) En Suhaizad Bin Subari ( JSM )
2) Atlet : 24 Orang ( 19 lelaki & 5 wanita )


Program Latihan

- Front Squat
- Power Clean
- Power Jerk
- Push Press
- Back Up

Ujian
- Tiada

Pertandingan
-  Seramai 6 orang atlet dari pusat latihan ini akan mengikuti latihan persahabatan bersama dengan pasukan angkat berat dari negara Sri Lanka pada 28hb Disember 2017 bertempat di Desa Tasik, Sungai Besi.


Peralatan
- Disertakan bersama peralatan yang mengalami kerosakan di pusat latihan SMK Rantau Panjang.  ( lampiran gambar )

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan dimaklumkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada pada bulan disember

Ulasan 

- Pemantauan rasmi ke pusat ini adalah yang terakhir bagi saya selaku PPN bagi sukan angkat berat, kerana selepas ini sukan angkat berat akan diselia oleh Penyelaras Sukan Daerah ( Klang ) iaitu Encik Abdul Muiz Bin Mat Zain.

- Semasa pemantauan dijalankan, jurulatih menjalankan latihan bersama atlet. Lokasi latihan telah bertukar ke bahagian belakang ( tepi ) bangunan sekolah kerana lokasi asal tempat latihan sedang diubahsuai oleh pekerja kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan tiles. Berdasarkan pemerhatian, lokasi latihan akan kekal dibahagian belakang sekolah memandangkan tempat latihan asal tidak lagi boleh digunakan kerana telah dipasang tiles.

- Jurulatih telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua atlet bagi persediaan tahun 2018 dari segi latihan. Menurut jurulatih, latihan akan berjalan seperti biasa walaupun sukan angkat berat telah digugurkan daripada sukan teras. Pemantauan ke atas prestasi atlet juga akan terus beliau laksanakan.

- Perjumpaan saya bersama semua atlet juga telah diadakan, atlet dinasihatkan agar rajin menjalani latihan mengikut segala perancangan yang telah disediakan oleh jurulatih. Jika sukan angkat berat ini di adakan pada SUKMA 2020, berkemungkinan atlet dari Selangor adalah dari kumpulan yang ada pada masa ini. Atlet juga telah diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif dari rakan-rakan sekeliling kerana saya difahamkan oleh jurulatih, ada atlet menghabiskan masa melepak bersama rakan bukan atlet pada sebelah malam.

- Semoga program sukan angkat berat di SMK Rantau Panjang akan berterusan dengan adanya sokongan dari pihak MSN Selangor , Persatuan Negeri dan pihak sekolah.

- Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua sepanjang tahun ini.














Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.


No comments:

Post a Comment