Thursday, August 10, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( 02/08 )


Tarikh                     : 10hb Ogos 2017 ( Khamis )
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan, Rantau Panjang, Klang
Masa Latihan         :  8.30 - 11.00 Pagi
Masa Pemantauan  : 8.45 - 10.45 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 15  Orang (  7 lelaki & 8 wanita )

Program Latihan

1) Front Squat.
2) Power Clean
3) Power Jerk
4) Push Press












Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Seramai 5 orang atlet dari pusat latihan ini akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Jemputan Wilayah Persekutuan yang akan di adakan pada 11hb Ogos 2017 bertempat di Dewan Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Peralatan
- Jurulatih memaklumkan kerosakan pada beberapa peralatan iaitu disk 5kg & 2.5 kg ( seperti lampiran ).

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada program binaan yang dijalankan  pada bulan Ogos. Perancangan untuk mengadakan kejohanan dalaman adalah pada bulan Oktober 2017.

Ulasan 

1) Latihan berjalan dengan lancar, saya mengambil sedikit masa latihan  untuk mengadakan perjumpaan bersama atlet dan menyampaikan beberapa nasihat kepada mereka. Antara yang saya kongsikan adalah nasihat bagi atlet agar tidak membahayakan  diri dengan menunggang motosikal tanpa lesen, keluar lewat malam tanpa tujuan serta mengambil peluang dengan berlatih bersungguh-sungguh semasa sessi latihan.

2) Jurulatih telah menunjukkan kepada saya peralatan disc yang telah mula rosak ( ada antaranya yang telah hancur ).- ( lampiran )

3) Jurulatih memaklumkan dua orang atlet wanita ( baru ) berumur 13 tahun sangat berpotensi apabila telah membuat angkatan yang tinggi walaupun hanya sebulan menjalani latihan. Mereka merupakan atlet sukan olahraga sebelum jurulatih 'rekrut' mereka untuk menyertai sukan angkat berat. Mereka dilatih sebagai persediaan penyertaan ke Karnival Bakat Pelapis yang akan datang.

4) Jurulatih memaklumkan buat masa ini , jumlah atlet dan kesesuaian dengan kategori yang ada adalah memuaskan. Beliau juga turut memaklumkan ada berhubung dengan jurulatih negeri Encik Naharuddin berkenaan dengan prestasi dann potensi atlet.


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Virus-free. www.avg.com

No comments:

Post a Comment