Friday, November 4, 2016

TERJUN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


Tarikh     :   4hb November 2016 ( Jumaat )
Tempat   :   Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.
Masa Latihan  : 4.00 - 7.00 Petang.
Masa Pemantauan : 4.40 - 6.00 Petang.

Kehadiran :

1)  Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
    Atlet : 10 Orang ( 7 lelaki & 3 wanita )
2) En Li Boxu
    Atlet : 7 Orang ( 4 lelaki & 3 wanita )

Program Latihan JPM:

i) Warm Up
ii) Flexibility Trainings
iii) Water Entry 1 metre & 3 metre
iv) Front & Back  Jump















Uasan :

1) Sesi latihan berjaln dengan lancar. Jurulatih Li Boxu dengan 7 atlet beliau berlatih di 'dry gim' sebelum sejam kemudian iaitu 6.00 petang mereka beralih untuk menjalani latihan di kolam renang.
2) Jurulatih Rossarisham memaklumkan bahawa kumpulan atlet terjun telah dibahagikan kepada kumpulan tertentu bersesuaian dengan program latihan jurulatih masing-masing.
3) Perbincangan bersama jurulatih adalah tentang persediaan atlet bagi penyertaan ke Karnival Bakat Siri 3/2016 yang akan di adakan pada 30hb November - 3hb Disember 2016. Selain itu, perbincangan turut dibuat bersama dengan jurulatih bagi menyenaraikan atlet yang dirasakan layak menyertai Kem Bakat Tahunan USPTN Selangor 2016. Kem Bakat Tahunan ini akan di adakan pada 16hb - 18hb Disember 2016.
4) Tiada laporan kecederaan dimaklumkan oleh jurulatih.
5) Permohonan bantuan pembekalan peralatan bagi sukan terjun telah dipanjangkan ke pihak Bahagian Atlet bagi justifikasi seterusnya untuk kelulusan.
6) Puan  Nur Hazzarina ( JSM ) telah mula bercuti kerana menunggu masa untuk bersalin. Atlet dibawah kendalian beliau kini dilatih oleh jurulatih Rossarisham.


Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )


No comments:

Post a Comment