Friday, November 11, 2016

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


Tarikh    :  11hb November 2016 ( Jumaat )
Tempat  :  Pusat Latihan Daerah, SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya Selangor.
Masa latihan     :  9.00 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan : 9.15- 11.00 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet : 8 Orang ( lelaki )


Program Latihan

1) Snatch Classic
2) Clean & Jerk Classic
3) Front Squat











Ujian
- Jurulatih mengadakan ujian fasa 3 terhadap kesemua atlet sebagai persediaan ke Kejohanan Karnival Bakat Melaka.

Pertandingan
-  Karnival Bakat Pelapis Siri 3/2016 pada 30hb November - 03 Disember 2016.

Peralatan 
- Semua peralatan di pusat latihan ini dalam keadaan baik dan mencukupi.

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada pada bulan ini. Jurulatih memberi fokus latihan terhadap atlet.

Ulasan 

- Pusat latihan ini mempunyai seramai 11 orang atlet lelaki secara keseluruhan. 9 orang daripadanya telah disenaraikan bagi menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Siri 3/2016. Semasa pemantauan ini dijalankan, seorang atlet iaitu Gugan a/l Gunalan dimaklumkan oleh jurulatih tidak hadir ke sesi latihan memandangkan beliau mempunyai urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

- Jurulatih memaklumkan, beliau berpuas hati dengan prestasi atlet semasa menjalani latihan. Ujian fasa akhir sebelum ke kejohanan akan dibuat pada 25hb November 2016 ( Jumaat ).

- Jurulatih turut memaklumkan kepada semua atlet berkenaan prestasi mereka menerusi ujian yang telah dijalankan. Seorang atlet ( tidak menyertai kejohanan Karnival Bakat ) dilaporkan mempunyai penyakit kencing manis dan masih .dalam.pengawasan jurulatih. 


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor
Level 3, No.1 Persiaran Akuatik
Hotel Carlton Holiday & Suites
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.




No comments:

Post a Comment