Thursday, November 10, 2016

RENANG : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


Tarikh    :  9hb November 2016 ( Rabu )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa     :  7.45 - 9.00 Malam

Kehadiran 

1) Encik Ong Jin Kooi ( JPM )
    Atlet : 24 Orang ( 17  wanita & 7 lelaki )

2) Encik Mark Chua Yu Foong ( JSM  )
    Atlet : 20 Orang ( 12 lelaki & 8 wanita )

Program Latihan

 1) Warm Up : 6x 150m - 50 swim, 50 kick, 50 swim.
 2) Pull         : 2x400m-IM, 1 Free,
 3) Swim      : 5x500m-1 free, 1 IM, Cool down 200m














Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan ke Kejohanan President Cup yang akan di adakan pada 25hb - 27hb November 2016 bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Jurulatih memaklumkan penyertaan peserta di kejohanan ini nanti adalah ramai.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari urulatih.

Program Binaan
- Jurulatih memaklumkan seramai 5 orang atlet yang pada asalnya disenaraikan bagi penyertaan ke Kem Bakat/Pelapis USPTN Selangor terpaksa menarik driri dari menyerta kem tersebut memandangkan kelima-lima atlet akan terlibat dalam kejohanan President Cup.

Ulasan 
- Sesi latihan berjalan dengan lancar.Jurulatih Mark Chua Yu Foong  memaklumkan atlet yang mengambil peperiksaan SPM tidak hadir kerana memberi fokus pada peperiksaan tersebut.

- Jurulatih Ong Jin Kooi memberi taklimat motivasi kepada atlet yang hadir menjalani latihan. Dalam taklimat beliau, seseorang atlet perlu mengambil berat akan disiplin diri masing-masing. Untuk berjaya, tidak semudah seperti yang disangka.

- Jurulatih Mark Chua memaklumkan seramai 5 orang atlet akan menyertai Kejohanan Sea Age Group . 5 orang atlet wanita tersebut ialah Liew Chern Xin, Angelina Chan, Nessa Yip , Elise Wong dan Lim Shun Qi. Mereka adalah 5 orang dari 14 orang atlet negeri Selangor yang akan menyertai kejohanan ini bersama dengan atlet renang kebangsaan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )



No comments:

Post a Comment