Tuesday, September 27, 2016

SEPAK TAKRAW - PEMANTAUAN LATIHAN

Tarikh : 24 September 2016

Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Kampung Johan Setia, Klang

Masa : 5.30 - 7.00 petang

Kehadiran 10 atlet, 1 jurulatih

Latihan dijalankan bagi persediaan pada Kejohanan KFC-UTUSAN yang akan dijalankan pada 28 September hingga 1 Oktober 2016 bertempat di Kompleks Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Latihan pemanas badan dimulakan dengan penumpuan pada kekuatan kaki, seterusnya latihan drill dan sparring bersama atlet senior.

Jurulatih yang hadir adalah Roslee Mohd Nadzari, terdapat 2 orang atlet tidak hadir kerana tiada pengangkutan ke tempat latihan.

sekian, harap maklum

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, TENPIN BOLING DAN SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment