Tuesday, September 13, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ANGKAT BERAT - PUSAT LATIHAN DAERAH

Tarikh              : 8hb September 2016 ( Khamis )
Tempat             : SMK Raja Muda Musa Besatri Jaya, Kuala Selangor.
Masa Latihan  : 9.00 - 11.30 Pagi
Kehadiran       : Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
                            Atlet : 10 Orang ( lelaki )











PROGRAM LATIHAN
1) Back Squat
2) Power Snatch
3) Power Clean & Jerk
4) Sit Up

UJIAN
- Tiada.

PERTANDINGAN
- Tiada bagi bulan ini.

PERALATAN
- Semua peralatan dalam keadaan baik.

KECEDERAAN
- Jurulatih memaklumkan seorang atlet mengalami sakit pundi kencing dan 2 orang atlet mengalami 'koyak' di tapak tangan.

PROGRAM BINAAN
- Tiada bagi bulan ini.

ULASAN
1) Seramai 10 orang atlet hadir menjalani latihan dan ini termasuklah  kesemua atlet yang  yang menyertai  Karnival Bakat Pelapis, Pulau Pinang yang lalu.

2) Tumpuan latihan atlet kini adalah persediaan untuk Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Siri 3/2016 yang akan di adakan di Melaka pada bulan November 2016.

3) Jurulatih menasihatkan atlet agar tidak terlalu selesa  dengan kedudukan semasa yang mereka , atlet seharusnya tidak lupa bahawa atlet dari negeri lain juga sedang berlatih dan turut mempunyai misi yang sama untuk melakukan yang terbaik di kejohanan akan datang.

4) Perjumpaan bersama  Puan Norliza Binti Mat Nusi,  Penolong  Kanan Ko - Kurikulum dan Encik Mazzam  Bin Abu Bakar,  Guru Kanan Matapelajaran  Kemanusiaan. Perjumpaan ini lebih kepasa berkongsi maklumat tentang program sukan angkat berat serta perancangan bagi program seterusnya bagi pusat latihan di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik & Angkat Berat

No comments:

Post a Comment