Saturday, August 23, 2014

TENPIN BOLING : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  : 21HB OGOS 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT  : AMPANG SUPERBOWL, SUMMIT USJ SUBANG JAYA , SELANGOR
KEHADIRAN  :12 ORANG ATLET DAN 2 JURULATIH.






Pemantauan ini dibuat bagi meninjau perkembangan 6 orang atlet USPTN yang menyertai 'Roll Off' bagi pemilihan ke Kejohanan Inter City yang akan  di adakan pada bulan September 2014. Roll Off ini mengambil masa selama 3 hari dan semasa kunjungan saya ke sini, ianya merupakan Roll Off hari ketiga.

Kesempatan yang ada semasa pemantauan ini juga telah saya gunakan dengan berjumpa dengan kedua -dua jurulatih bagi membincangkan keadaaan mahupun isu semasa yang  dibangkitkan oleh beberapa pihak. Seusai perjumpaan saya dan juga En Zainol selaku wakil STBA bersama-sama dengan kdua jurulatih, saya berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama dengan semua atlet USPTN yang hadir pada hari tersebut. Apabila diberi peluang, begitu lancar atlet-atlet ini meluahkan perasaan.

Semua yang kongsikan oleh atlet , saya catatkan dalam buku nota beerapa isi penting yang mana akan saya bincangkan bersama dengan jurulatih terlibat.

Hanya berbaki lagi dua kuota penyertaan pertandingan, atlet kini menghadapi persediaan ke Kejohanan Sportexcel Perak Leg yang akan di adakan pada  29hb - 31hb Ogos 2014 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Perak.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo.

No comments:

Post a Comment