Thursday, August 21, 2014

ANGKAT BERAT - KERATAN AKHBAR

Salam Sejahtera,

Berikut adalah ringkasan pada keratan akhbar Sinar Harian, Khamis 29 Mei 2014.

Pusat Latihan Angkat Berat Pelapis Negeri Selangor yang berpusat di SMK Raja Muda Musa, Kuala Selangor mendapat pengikhtirafan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor kerana Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Shashim Shah Harun yang mewakili Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor telah merasmikan Pusat Latihan tersebut.

Antara kenyataan beliau adalah sekolah ini adalah sekolah aliran biasa yang mempunyai kemudahan pusat latihan angkat berat lengkap. RM 60,000.00 inisiatif kementerian untuk pengubahsuaian manakala RM 120,000.00 bagi program jangka panjang. 

Syarikat Swasta, Hartalega telah menyumbang sebanyak RM 45,000.00 secara berperingkat selama 3 tahun bagi Projek Gemilang yang mensasarkan pungutan emas pada SUKMA 2016.

sekian, harap maklum

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment