Saturday, August 23, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

TARIKH  :  22HB OGOS 2014 ( SABTU )
TEMPAT :  PUSAT LATIHAN BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR.

MASA     :  10.00 - 11.45 PAGI
KEHADIRAN : 10 ORANG ATLET







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, inilah yang dapat digambarkan mengenai kehadiran atlet ke pusat latihan. Memandangkan masih di bulan Syawal, di tambah pula minggu terakhir sebelum berakhirnya Aidilfitri, hanya sejumlah 10 orang atlet yang hadir ke sesi latihan pada hari ini. Kebiasaanya , jika hujung minggu, atlet adalah ramai tambahan pula bagi mereka yang duduk jauh, akan menginap di pusat latihan ini bagi menjalani sesi latihan keesokannya ( Ahad )

Atlet di lihat, menjalani latihan sebagai persediaan sebelum ke Kejohanan Jemputan Memanah Terbuka ( UniSZA ) yang akan di adakan pada 27hb - 31hb Ogos 2014, bertempat di Lapang Sasar Memanah UniSZA, Terengganu.

Selamat Berjaya buat atlet yang akan ke kejohanan ini.

Sekian, untuk laporan

Disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah Pelayaran, Taekwondo dan Tenpin Boling

No comments:

Post a Comment